Sunday, May 31, 2009

Rahsia doa yang dimakbulkan oleh ALLAH

Salam semua. Sihat? Moga-moga anda semua sentiasa dicucuri dengan rahmat ALLAH. Rakan-rakan sekalian( ceh, mcm bagi forum plak aku. Mentang-mentang la baru abis berforum), ALLAH adalah zat yang maha kaya, maha pemurah lagi maha mengasihani. Sebab itulah die menyuruh manusia supaya selalu meminta dan berdoa kepadanya, nescaya dia akan memperkenankannya. Namun, adakah korang semua tahu bagaimanakah untuk menjadikan doa kita itu dimakbulkan?. Untuk lebih jelas lagi, mari kite bace dan fahami maksud hadis nabi ni :-

" Pada suatu hari, Saad bin Abi Waqas bertanya kepada Rasulullah : " Ya Rasulullah, doakanlah aku kepada ALLAH, supaya aku dijadikan ALLAH orang yang makbul dalam berdoa." Maka Rasulullah pun bersabda yang maksudnya " Wahai Saad, makanlah dari barang yang halal, tentu engkau menjadi orang yang makbul doanya. Demi ALLAH yang jiwaku berada ditanganNya, sesungguhnya seseorang yang pernah memasukkan sesuap makanan yang haram ke dalam perutnya, maka tidak akan dikabulkan doa selama empat puluh hari. Siapa saja yang dagingnya tumbuh dari makanan yang haram, maka nerakalah yang berhak untuk orang itu. " ( HR. Tabrani).

Erm.. dalam betul maksud hadis ni kan? Cuba kita bayangkan kalau sesuap, 40 hari doa kita tak diterima, bagaimana pula dengan berpuluh-puluh suap?? Ha, pikir2..

( Kesian budak ni, terpaksa jadi model )

Dalam hadis yang lain Rasulullah ade bersabda dimana maksudnya " Hati itu adalah tempat mengingat-ingat sesuatu. Sebahagian hati itu lebih ingat dari yang lain. Kalau kamu memohon kepada ALLAH wahai manusia, bermohonlah dengan penuh keyakinan bahawa doamu itu akan dikabulkan, dan ALLAH tidak akan mengabulkan doa seseorang yang hatinya dalam keadaan kosong atau lalai".

Erm.. selepas aku bace hadis ni, teringat aku akan kate-kate adik Madhihah yang dapat 20 A tu, mase die ditemuramah di TV3, die pernah ditanya akan apakah jenis doa yang diamalkan olehnya yang menyebabkan die diberikan kejayaan sebegitu rupa. Korang tau x ape jawapannya? Huh, hempeh korang. Ni mesti x tengok TV. Die kate jenis doa tu x penting, yang penting hati kita kena hadir bersama ketika kita berdoa. Maka, benarlah hadis nabi ni.





// Ya ALLAH, kau lindungilah hamba mu ini daripada memakan makanan yang haram & syubhah //

No comments:

Post a Comment