Saturday, May 30, 2009

Lamenye x post artikel baru.....................

" Alhamdulillah" itu je ungkapan yang mampu aku ucapkan selepas hajatku diperkenankan Ilahi. Beberapa hari yang lepas, selepas mendengar kuliah Ust. Badrul Amin kat surau An-Nur, terlintas di hati kecil ku ni satu persoalan, "Apakah aku sudah cukup mengenal ALLAH". Lama juga persoalan itu bermain difikiran ku ini. Dan hari ini Allah telah pun menunjukkan kepada ku, bagaimana untuk mengenalnya. Aku telah pergi ke pesta buku dimana banyak buku-buku antarabangsa dijual, disamping buku-buku agama. Semasa sedang meneliti buku-buku untuk dibeli, pandanganku telah teralih ke satu buku yang bertajuk "Mencapai ma'rifat (satu pendekatan)". Selepas membaca sinopsis buku itu, satu je yang mampu aku ucapkan "Nampaknya, ALLAH masih sayang akan diriku ini". Terus aje dikeluarkan duit RM 35 dan membayarnya dikaunter. Aku berbisik kepada diriku" ALLAH telah menunaikan haknya terhadap hambanya, tetapi adakah kamu Baihaqi telah menunaikan hak-hak seorang hamba kepada pencipta"? Ini gambar buku tersebut :-









//Nape aku x tulis dgn huruf besar semua? Sebab ade org komen sakit mata masa membaca blog aku ni. Maka aku pun ubahla //

1 comment: