Wednesday, November 18, 2009

Apa istimewanya islam ini (1) ?


Alhamdulillah, akhirnya dpt juga aku mencuri masa untuk menulis setelah sekian lama aku tidak menulis. Sahabat seusrahku, Jihad sudah puas menegurku mangapa aku tidak mengupdate-update blog ini. Namun tidak satu pun yang ku endahkan. Sori ea Jihad. Teruskanlah usahamu dalam menegur sahabat-sahabatmu yang leka dibuai mimpi.

Jadi untuk kali ini, aku ingin berkongsi dengan kalian tentang keistimewaan agama islam. Moga-moga, ianya dapat dijadikan hujah ketika kalian berdakwah kepada kaum yang bukan islam. Antara keistimewaannya adalah :

  1. Agama islam merupakan agama yang datang dari ALLAH.


Sumber ajaran islam dan peraturannya semuanya adalah daripada ALLAH SWT. Ianya telah disampaikan kepada Rasulullah SAW melalui wahyu. Oleh itu agama islam, bukanlah agama yang lahir dari pemikiran atau falsafah manusia yang karut yang penuh dengan kelemahan dan kecacatan. Semua manusia mengaku yang bumi ini ada penciptanya iaitu tuhan(ALLAH). Jadi, apabila ajaran ini datangnya daripada ALLAH, maka ianya sukar dicabar oleh mana-mana pihak bagi mengganggu-gugat dan merubah ajarannya.

Firman ALLAH SWT di dalam surah As-Saff ayat 8 dimana maksudnya “ Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya ALLAH ( agama islam ) dengan mulut mereka, sedang ALLAH tetap menyempurnakan cahayanya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka ( akan yang demikian ).”



  1. Ajaran islam merupakan ajaran yang adil


Di dalam islam, pangkat dan harta tidak menggambarkan darjat seseorang. Tetapi sesiapa yang lebih bertaqwa, maka dialah yang memiliki darjat yang tertinggi. Islam mengajar penganutnya supaya tidak memilih bulu, warna kulit dan sebagainya dalam melaksanakan hukum-hukumnya. Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh yang terbaik dalam menegakkan keadilan. Sabda Rasulullah SAW dimana maksudnya “sekiranya Fatimah anak Muhammad mencuri, nescaya ku potong juga tangannya”. Begitu juga dengan para sahabat baginda yang mana mereka begitu tegas dalam melaksanakan keadilan. Kita boleh lihat dan hayati kisah bagaimana Saidina Umar Al-Khattab melaksanakan hukum hudud terhadap anaknya sendiri yang terlibat dengan penzinaan. Walaupun pada asalnya, perkara yang berlaku ini adalah merupakan rancangan dari pihak musuh, namun Umar tidak membela anaknya yang telah berzina dengan seorang perempuan sehingga melahirkan anak luar nikah. Anaknya itu telah mati akibat menerima hukuman 100 kali sebatan.

InsyaALLAH, jika ada kelapangan masa lagi kita akan myambung balik perbincangan ini.






// Ya Allah mahirkannlah aku dalam ilmu agamamu //