Wednesday, June 3, 2009

Kamu memang muflis?




Ape itu muflis? adakah tidak mempunyai harta itu boleh dikatakan muflis? Ha,,, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita same-same fahami hadis nabi ini.

Nabi Muhammad SAW telah bersabda dimana maksudnya " adakah kamu tahu siapakah org2 yg muflis itu ? lalu para sahabat menjawab mereka ialah orang-orang yg tidak mempunyai wang ringgit & harta benda. Nabi berkata : sesungguhnya mereka yang muflis itu ialah org2 yg datang pada hari kiamat nanti dengan pahala solatnya, datang dengan pahala puasanya & pahala zakatnya, sedangkan didunia dahulu
dia pernah memaki orang, pernah memakan harta orang dengan cara yang salah, pernah bunuh org, pernah memukul org, lalu diambil segala pahala kebaikan itu diberikan kepada orang yang ia zalimi, sekiranya habis pahala kebaikan, setelah dituntut oleh org yg dizalimi, maka diambil segala kesalahan & dosa org yg dizalimi, lalu ALLAH memikul kan dosa itu atas dirinya, lalu ALLAH lemparkan dia(orang yang muflis) kedalam neraka".

Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kamu dari melakukan sifat-sifat yang tercela kerana tidak ada gunanya kamu beramal jikalau kamu memiliki sifat-sifat tersebut. Same-same lah kita muhasabah ea...






// Ya ALLAH, berikanlah aku kekayaan didunia dan kekayaan diakhirat //

No comments:

Post a Comment